Berita Sukan Utusan || Berita Sukan Berita Harian || Berita Sukan Metro || Berita Sukan Kosmo ||

Selamat datang ke laman Oh Sukan. Laman ini memaparkan berita sukan yang diperolehi dari 4sumber surat khabar online iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan juga MyMetro. Diharap laman ini menjadi one stop centre untuk anda mendapatkan berita sukan dengan lebih mudah dan pantas.

Untuk bookmark laman ini, sila klik Ctrl dan D dengan serentak.

Untusan Online!

Utusan Online - Sukan

Berita Harian: Sukan

Kosmo Online - Sukan

Monday, October 17, 2011

Sukan Harian Pilihan: Servis pelik julang Pestans B

PETALING JAYA - Percaturan berani lagi tepat Persatuan Sepak Takraw Anak Negeri Sembilan (Pestans) B mulai set kedua membawa mereka menjuarai kategori Terbuka peringkat akhir Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 dengan menewaskan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) A 2-1 (11-15, 15-13, 15-13) di The Curve, Mutiara Damansara, semalam.

Mereka membawa masuk tekong kedua, Mohd. Khaizir Said yang menampilkan servis kilas yang unik mirip libasan apit kanan, yang sekali gus mengelirukan lawan.

Kemasukan Khaizir menggantikan Shafie Salleh, selain kemampuan mematahkan servis MBMB, membolehkan Pestans B yang turut dibarisi Kamarulzaman Satar dan Salehudin Ismail mengaut ganjaran termahal pertandingan tempatan, RM10,000 pada edisi kedua ini.

MBMB A yang membariskan Razif Arifin, Saiful Bakthiar Suleiman dan Syafiq Ab. Rahman mensia-siakan kesempatan memenangi set pertama, malah satu ketika mendahului 12-10 di set kedua gara-gara sukar menangani tekanan dan ketahanan mental yang menurun.

Kejayaan Pestans B dalam tempoh 75 minit ini menebus kehampaan rakan sepasukan, Pestans A yang mulanya diletak sebagai pilihan utama kerana memiliki bekas tekong kebangsaan, Normanizam Ahmad tetapi tersingkir di peringkat Kumpulan D.

Perlawanan hebat dan mendebarkan ini turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengarah Urusan KFC Holdings, Jamaluddin Md. Ali; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Sebelum ini naib juara Zon Timur, Julai lalu itu hanya menduduki tempat kedua Kumpulan D Peringkat Antara Zon selepas menewaskan USM P. Pinang A 15-8, 15-6; Pestans A 15-11, 16-14 dan MPT A 11-15, 15-11, 13-15.

Anak buah jurulatih bersama, Zordin Mohd. Nor dan Mahat Adnan ini turut melepasi suku akhir dengan mengatasi PKNS A dan menundukkan UTM B di separuh a khir.

Tempat ketiga milik Majlis Perbandaran Taiping (MPT) A yang menewaskan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) B 2-0 (15-9, 15-8).

Pestans terlepas peluang untuk merangkul gelaran berganda dalam kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT)-Bawah 19 Tahun apabila disekat Pelapis Kelantan A 1-2 (16-17, 15-9, 8-15) dalam tempoh 45 minit.

Dalam kategori Bawah 15 Tahun, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) A terpaksa menunggu sehingga sejam lima minit untuk menjinakkan Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nanas (SSTBN) A 2-1 (15-13, 7-15, 15-13) pada perlawanan akhir yang berlangsung dengan mendebarkan.

sumber: utusan

p/s: hebat! patut ketengahkan orang baru ni ke peringkat tertinggi. ;)

Sunday, October 16, 2011

Sukan Harian Pilihan: Skuad B-23 benam Nepal

PETALING JAYA - Pasukan Bawah 23 negara bangkit pada 10 minit terakhir untuk membenam skuad kebangsaan Nepal 2-0 pada aksi persahabatan di Stadium MBPJ, semalam.

Walaupun menguasai 70 peratus perlawanan, Malaysia terpaksa menunggu sehingga minit ke-81 untuk memecah kebuntuan gol melalui tandukan Izzaq Faris Ramlan selepas menyambut hantaran lintang Baddrol Bakhtiar.

Rembatan menarik penyerang Kuala Lumpur, Yong Kuong Yong pada masa kecederaan selepas memperdayakan pertahanan Nepal dalam kotak penalti memastikan Malaysia muncul pemenang.

Skuad negara sepatutnya menang dengan jumlah jaringan yang lebih besar namun ketumpulan jentera serangan yang dikemudi Syahrul Azwari Ibrahim menyebabkan Malaysia mengakhiri babak pertama tanpa sebarang jaringan.

"Penyudah yang tumpul pada babak pertama membuatkan pemain tertekan walaupun lawan lebih gemar bertahan dalam kawasan sendiri.

"Perlawanan ini memberikan manfaat kepada pemain supaya belajar bagaimana hendak pecahkan formasi pasukan lawan yang bertahan.

" Pasukan seperti Laos atau Kemboja mungkin akan gunakan taktik sebegini pada Sukan SEA," kata Kim Swee.

sumber: utusan

p/s:tahniah kerana menang walaupun pasukan yang di 'test' tersebut xde la kuat mana pun. apapun,teruskan kecemerlangan tersebut yer ;)

Saturday, October 15, 2011

Sukan Harian Pilihan : Juara bertahan tersingkir

KUALA LUMPUR - Penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir apabila sekadar seri 2-2 (agregat 3-5) kepada Terengganu pada perlawanan suku akhir kedua, manakala Selangor mara bergaya selepas membenam Perak 1-0 (agregat 4-1) di Stadium Perak.

Turut mara ke separuh akhir ialah T-Team yang mengalahkan Sabah 2-1 (agregat 4-2) dan Negeri Sembilan yang menewaskan Felda United 3-0 selepas masa tambahan (agregat 3-1).

Di Stadium Sultan Muhammed IV, Terengganu garang di suku akhir kedua selepas mendahului lawan 2-0 pada babak pertama hasil dua gol yang disumbangkan oleh Mohd. Ashaari Shamsuddin pada minit ke-18 dan ke-39.

Sokongan padu dari lebih 30,000 penyokong setia Red Warriors gagal membantu skuad bimbingan Datuk M. Karathu untuk bangkit pada saingan separuh akhir kedua dan mereka hanya memperoleh gol pada separuh masa kedua melalui Azamuddin Md. Akil pada minit ke-54 dan sepakan penalti ketua pasukan, Badri Radzi minit ke-70.

Selangor terus menyalakan misi untuk merangkul Piala Malaysia ke-33 apabila menang ke atas Perak 1-0 hasil jaringan Rudie Ramli pada minit ke-49 dan ditambah dengan kelebihan perlawanan suku akhir pertama apabila mereka mencatat kemenangan 3-1 di Stadium Shah Alam.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila mara ke peringkat separuh akhir buat kali pertama apabila berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sabah hasil jaringan Md. Fitri Omar minit ke-30 dan Zairo Anuar Zailani minit ke-63.

Sabah cuba bangkit pada saat-saat akhir perlawanan melalui jaringan saguhati Mafry Balang pada minit ke-86 bagaimanapun ia sudah terlambat dan T-Team berjaya mengikut pasukan abang, Terengganu untuk mara ke separuh akhir.

sumber: utusan

p/s: tahniah kepada pasukan yang berjaya. yang gagal,tahun depan boleg try lagi yeh ;)

Friday, October 14, 2011

Sukan Harian Pilihan : Selangor tanpa Bunyamin

MESKIPUN tanpa khidmat pemain tengah, Mohd. Bunyamin Omar, persiapan Selangor tetap tidak terjejas menjelang aksi suku akhir kedua menentang Perak malam esok. Bunyamin sedang menjalani penggantungan perlawanan dan Selangor dilaporkan memiliki pengganti yang tidak kurang hebatnya bagi mengisi kekosongan tersebut.

Jurulatih Selangor, P. Maniam berkata, Bunyamin terpaksa diketepikan setelah menerima dua kad kuning pada suku akhir pertama yang menyaksikan Selangor mengalahkan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam pada Isnin lepas.

"Kita mungkin menggunakan khidmat sama ada Mohd. Hardi Jaafar, Mohd. Fazilidin Khalid ataupun Mohd. Fadzli Saari bagi menguatkan bahagian tengah kita," katanya semalam.

AMRI Yahyah (kiri) akan terus memainkan watak utama mengemudi jentera tengah Selangor pada aksi menentang Perak malam esok.

Maniam berkata, beliau akan mengekalkan hampir semua pemain yang beraksi pada suku akhir pertama.

"Saya yakin dengan pengalaman yang ada pada pemain seperti Mohd. Safiq Rahim dan Mohd. Amri Yahyah yang biasa beraksi di peringkat antarabangsa akan membolehkan Selangor menempah tempat ke separuh akhir nanti," katanya.

Pemenang perlawanan antara Selangor dan Perak akan bertemu dengan pemenang perlawanan antara Terengganu atau Kelantan di peringkat separuh akhir pertama pada 22 Oktober ini. - Bernama

sumber: kosmo

p/s:selangor kena menang ni. tapi kalau tak menang pun takde hal pun,tahun depan boleh cuba lagi kan... ;)

Thursday, October 13, 2011

Sukan Harian Pilihan : Kawal emosi menjelang pertemuan getir Kelantan, Terengganu esok

KOTA BHARU - Selepas mengalami kekalahan 1-3 kepada Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Isnin lalu, pertemuan Kelantan dan jirannya itu di gelanggang sendiri malam esok pasti menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Bagi Kelantan, pertemuan di Stadium Sultan Muhammad IV itu bakal menentukan nasib mereka sama ada mampu meneruskan saingan bagi mempertahankan Piala Malaysia yang buat pertama kali digenggam selepas 89 tahun, atau 'menggantung kasut' dalam kejuaraan itu.

Mengambil kira keadaan perlawanan di Terengganu yang menyaksikan lima kad merah dilayangkan, maka kebimbangan kembali tercetus, mungkinkah keadaan lebih buruk berlaku di Stadium Sultan Muhammad IV?

"Keadaan pasti panas, gocoh lagilah," itu antara reaksi seorang rakan mengulas kekalahan Kelantan tempoh hari dan mengambil kira perlawanan kedua suku akhir berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.

Sememangnya, setiap aksi pasukan The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV akan mengundang kehadiran puluhan ribu penyokong 'wira merah' itu, yang pastinya membakar semangat para pemain untuk mencipta kejayaan dengan sorakan keramat 'Gomo Klate Gomo.'

Keadaan sama dan mungkin juga lebih luar biasa, dijangka berlaku pada perlawanan malam esok. Semua penyokong Kelantan ingin menyaksikan pasukan mereka layak ke peringkat seterusnya, seterusnya mengekalkan Piala Malaysia di bumi Cik Siti Wan Kembang ini.

Bola sepak di Kelantan ketika ini dikatakan pada kemuncaknya selepas mereka menjuarai Piala Malaysia, Piala Emas Raja-Raja tahun lalu dan terbaharu, Piala Liga Super.

Keghairahan meluap-luap peminat itulah yang menimbulkan sedikit kebimbangan kepada banyak pihak, berkemungkinan berlaku kembali kekecohan yang pernah mencalit 'noda hitam' dalam kalendar bola sepak negeri mahu pun negara.

Pastinya ramai masih ingat bagaimana rusuhan yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad IV beberapa tahun lalu, menyebabkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berdepan tindakan denda dan tuntutan ganti rugi lebih RM100,000 selain stadium itu digantung daripada aksi Liga M sepanjang musim 2009.

'Keseronokan luar biasa' segelintir penyokong juga telah mengundang tanggapan negatif di kalangan peminat sukan bola sepak tanah air mengenai wujudnya sentimen samseng bola sepak di kalangan peminat setia pasukan Kelantan.

Tanggapan itu tentunya tidak benar. Justeru peminat setia The Red Warriors perlu menunjukkan contoh terbaik kepada dunia luar bahawa mereka merupakan kumpulan yang terdidik dan tidak mudah didorong oleh emosi yang meluap-luap sepanjang menyaksikan perlawanan tersebut.

Peminat setia Kelantan juga perlu menunjukkan bahawa mereka semakin matang dan kehadapan dalam memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka yang telah tersenarai antara pasukan terbaik di Asia.

Mengulas perkara tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Abdul Fattah Mahmood berkata, para penyokong The Red Warriors sewajarnya menjaga akhlak mereka dengan memberikan sokongan paling hebat kepada pasukan, tanpa mencetuskan sebarang tindakan yang hanya memburukkan keadaan.

"Bagi penyokong, harus jaga akhlak, harus beri sokongan paling hebat dengan memberi sokongan yang merangsang, tidak mengherdik, menghentam. Saya yakin, penyokong umpama jurulatih di luar gelanggang.

"Sebagai seorang jurulatih, berilah tunjuk ajar kepada pemain, beri arahan yang baik kepada pemain supaya mereka rasa dihargai, disokong," katanya kepada Utusan Malaysia.

Abdul Fattah turut berharap, peminat setia Kelantan yang hadir ke stadium sama-sama saling ingat-mengingati antara satu sama lain dalam menjaga tindak tanduk mereka bagi memastikan perlawanan berlangsung dalam suasana aman.

Mengenai peluang Kelantan, beliau yakin skuad Kijang mampu mara ke Separuh Akhir seterus mempertahankan Piala Malaysia.

"Saya yakin, kita (Kelantan) ada peluang untuk kekalkan kejuaraan melihat kepada semangat yang ditunjukkan oleh para pemain," katanya.

sumber: utusan

p/s: jom tengok bola ye, say no kepada perang pasal bola ;)

Wednesday, October 12, 2011

Sukan Harian Pilihan : Real cuba pancing Hernandez RM147j

LONDON: Penyerang Manchester United, Javier Hernandez dikejutkan dengan tawaran perpindahan bernilai 30 juta pound (RM147 juta) daripada kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, semalam.

Namun pengurus United, Alex Ferguson bertegas penyerang 23 tahun itu akan kekal di Old Trafford dengan menawarkan kontrak baru lima tahun dan menggandakan gajinya daripada 25,000 pound (RM122,584) kepada 75,000 pound (RM367,753) seminggu.
Real bagaimanapun sedia menggandakan jumlah itu dan membayar yuran perpindahan yang nilainya lima kali ganda berbanding jumlah dibayar United ketika membeli Hernandez, 18 bulan lalu.

Jurulatih Real, Jose Mourinho mahu perpindahan itu dilakukan Januari depan tetapi percaya peluang terbaik mendapatkan Hernandez ialah pada penghujung musim ini.

Lantas Ferguson berharap Hernandez tidak berubah hati untuk berhijrah ke Bernabeu, perkara sama yang pernah dilakukan Cristiano Ronaldo sebelum ini.

Hernandez atau lebih popular dipanggil Chicharito, menjaringkan 20 gol sepanjang musim sulungnya musim lalu bagi membantu United merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris buat kali ke-19.
United kelmarin mengikat pemain tengahnya, Tom Cleverley, 22, untuk lanjutan kontrak empat tahun. – Agensi

sumber: berita harian

p/s: banyak betul duit real ni yeh. pantang nampak "jambu" je,kira mau sebat. ;)